Bantuan MySTR Fasa 2 – Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan agar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) disalurkan kepada penerima yang layak mulai April 2024.
Langkah ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat jelata di tengah-tengah cabaran ekonomi yang dihadapi.
Perlu diingatkan bahawa hingga saat ini, sebanyak 8.2 juta individu yang memenuhi syarat telah terdaftar untuk menerima STR 2024.
Dengan pembukaan permohonan dan kemas kini yang berterusan sepanjang tahun, jumlah penerima akan bertambah hingga 9 juta menjelang akhir tahun.
Informasi lebih lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 2 boleh diperolehi untuk rujukan bersama.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Untuk makluman, pimpinan Perdana Menteri sebelum ini telah melaksanakan beberapa skim bantuan untuk membantu rakyat seperti Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Namun, pada 16 Januari 2023 Perdana Menteri telah membuat penjenamaan semula untuk skim bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Melalui program STR, kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 yang berjumlah sehingga RM3,100.
TR Fasa 2 diharapkan dapat meringankan beban kos sara hidup bagi 8.7 juta penerima, dengan peruntukan yang disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 2
Pembayaran Fasa 2 yang telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk dikreditkan sebelum Aidilfitri, awal April.
Belanjawan 2024 menyediakan bayaran tambahan untuk Miskin Tegar dan sumbangan makanan untuk fasa seterusnya.
LHDN mengesahkan bahawa penerima Fasa 2 adalah mereka yang telah menerima Fasa 1, dengan data yang disemak hingga 28 Februari.
Permohonan baru atau kemaskini bagi penerima yang tidak termasuk dalam Fasa 1 dan 2 akan diproses untuk Fasa 3 sekiranya layak.
Jumlah Bayaran Bantuan MySTR Fasa 2
Berikut merupakan jumlah yang diberikan kepada setiap individu yang layak bagi tahun 2024:
Selain itu, terdapat bantuan tambahan bagi penerima STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :
Cara Semakan
- Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk di laman utama untuk semakan lanjut.
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sila layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
The post Bantuan MySTR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.