Bantuan Tunai SKK RM1000 Bagi Penerima STR 2024

Bantuan Tunai SKK RM1000 Bagi Penerima STR 2024 boleh dituntut secara one-off selagi menepati kriteria kelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, pemberian sumbangan inisiatif khas SKK ini merupakan lanjutan daripada program bantuan STR.

Bantuan Tunai SKK RM1000

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi manfaat kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Untuk makluman umum, program sumbangan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah merupakan manfaat yang disediakan kepada setiap penerima STR dan pasangan.

Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban keluarga penerima STR. Bagi kematian yang berlaku dalam tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 layak untuk membuat tuntutan.

Kadar insentif bantuan SKK yang ditetapkan adalah berjumlah RM1,000 yang akan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada penerima. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat memberi manfaat kepada semua penerima STR tahun ini jika berlaku musibah.

 

Baca juga disini –> KWSP Akaun 3 : Tarikh Pelaksanaan Pengeluaran & Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan

  • Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
  • Meninggal dunia pada tahun 2024
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
  • Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja

Pewaris kepada si mati boleh mengemukakan permohonan tuntutan insentif SKK bernilai RM1,000 ini. Tiada had umur kelayakan seorang pewaris untuk melakukan tuntutan. Kepada waris yang masih berumur 17 tahun dan kebawah, mereka perlu sediakan dokumen penting seperti pengenalan diri dan dokumen bukti pertalian darah.

Cara Mohon

  • Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
  • Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
  1. Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
  2. Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)

Maklumat Lanjut

Kepada penerima STR yang berkelayakan, tuntutan boleh dilakukan secara terus di mana-mana cawangan BSN seluruh negara. Panduan lengkap cara tuntutan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

The post Bantuan Tunai SKK RM1000 Bagi Penerima STR 2024 appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.