Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Semua Penjawat Awam.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Kerajaan juga bersetuju menyalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.

 

Baca juga disini –> STR FASA 2 : Jumlah Bayaran & Tarikh Rasmi Dikreditkan Minggu Ini

Jumlah dan Tarikh Bayaran

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

The post Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Semua Penjawat Awam appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.