Jumlah Bayaran STR Fasa 2 RM100-RM650 Pada Kategori Ini. Berikut perkara telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini yang akan dikreditkan kepada penerima. Untuk makluman umum, tarikh rasmi pembayaran bantuan tunai STR fasa kedua akan mula disalurkan pada 3 April ini.
STR FASA 2
Kerajaan telah bersetuju untuk terus melancarkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024. Apa yang menarik adalah jumlah keseluruhan bantuan telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.
Bukan itu sahaja, pemberian bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah juga turut diperluaskan kepada 700,000 penerima STR. Ini bermakna akan lebih ramai penerima STR akan dapat manfaat yang diberikan secara percuma.
Kadar bayaran bantuan tunai MySTR bagi fasa-2 adalah dari RM100 – RM650, jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan. Pembayaran fasa kedua ini akan diberikan secara one-off dan mula disalurkan pada 3 April sehingga 9 April secara berperingkat.
Baca juga disini –> Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Semua Penjawat Awam
Jumlah Bayaran
Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa kadar bayaran STR fasa kedua akan diagihkan mengikut kategori seperti di bawah :
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)
- Kadar bayaran : RM150 – RM650 (Jumlah mengikut bilangan anak)
- Jumlah penerima : 3 Juta
- Implikasi kewangan : 0.9 bilion
ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
- Kadar bayaran : RM100 – RM300 (Jumlah mengikut bilangan anak)
- Jumlah penerima : 900 Ribu
- Implikasi kewangan : 0.1 bilion
KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KE ATAS)
- Kadar bayaran : RM100
- Jumlah penerima : 3.3 Juta
- Implikasi kewangan : 0.3 bilion
WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KE ATAS)
- Kadar bayaran : RM150
- Jumlah penerima : 1.2 Juta
- Implikasi kewangan : 0.2 bilion
Maklumat Lanjut
The post Jumlah Bayaran STR Fasa 2 RM100-RM650 Pada Kategori Ini appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.