Bayaran STR Fasa 2 Sudah Dikreditkan Kedalam Akaun BSN, Maybank, CIMB… Bantuan mula dikreditkan kepada penerima bermula hari ini secara berperingkat sehingga 9 April. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif khas ini merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2024.

STR Fasa 2

Pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan tarikh pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bahi sesi fasa kedua dibayar bermula 3 April sehingga 9 April 2024. Pengagihan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank.

Apa yang menarik adalah insentif bantuan tunai STR fasa kedua ini diberikan seminggu sebelum menyambut perayaan aidilfitri. Dengan adanya bantuan khas ini dapat memberi kegembiraan kepada rakyat terutama golongan B40 dan M40 terutama beragama islam bagi menyambut hari raya.

 

Baca juga disini –> Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Semua Penjawat Awam

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Kategori penerima yang terlibat bagi fasa 2 adalah belia bujang, warga emas serta isi rumah. Jumlah yang akan diterima mengikut kategori adalah seperti di bawah.

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS

  • Belia bujang (21 tahun dan ke atas) : RM100
  • Warga emas (Tiada pasangan) : RM150

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM150
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM300
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM650

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM100
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM200
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM250
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM300

BSN

 

Maybank

 

CIMB

Maklumat Lanjut

Semakan status kelayakan STR dan FAQ boleh didapati di Portal Rasmi STR  https://bantuantunai.hasil.gov.my.

The post Bayaran STR Fasa 2 Sudah Dikreditkan Kedalam Akaun BSN, Maybank, CIMB.. appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.