Jadual Pembayaran STR Fasa 2 : Menteri Kewangan Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) diagihkan kepada penerima mulai April 2024.
Setakat tahun ini, terdapat 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.
Untuk makluman, angka ini mungkin akan capai 9 juta tahun ini kerana permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, tidak seperti dulu.
Berikut kami kongsikan lebih lanjut mengenai bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Sebagai makluman, kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri sebelum ini telah melancarkan beberapa skim bantuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia. Skim-skim tersebut termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan dikenali dengan nama baru, Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh & Jadual Pembayaran STR Fasa 2
Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai bulan April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengeluarkan arahan agar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 dapat disalurkan kepada penerima sebelum perayaan Aidilfitri tahun ini, yang jatuh pada awal bulan April – dua minggu lebih awal daripada Hari Raya Aidilfitri.
Untuk fasa yang akan datang, kerajaan telah mengambil langkah pembaharuan dalam Belanjawan 2024 dengan menyediakan bayaran tambahan untuk golongan Miskin Tegar, serta menyumbangkan bakul makanan dan baucar bagi barangan makanan keperluan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengemaskini maklumat terkini mengenai Penerima Bayaran Fasa 2. Penerima ini adalah mereka yang telah menerima Fasa 1 dan telah menjalani proses semakan silang dengan data kematian pemohon dan pasangan hingga tarikh 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Kaedah Pembayaran Bantuan STR Fasa 2
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran bakal dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tidak mempunyai maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Berikut adalah merupakan kadar bayaran STR yang telah ditetapkan:
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah memperkasa kadar tambahan STR melalui sistem pembelian tanpa tunai untuk semua penerima STR pada tahun 2024 seperti yang dijelaskan berikut:
Cara Semakan
Berikut adalah merupakan kaedah untuk melakukan semakan status:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
Klik lok masuk MySTR
Masukkan nombor Mykad pemohon
Pengesahan kata kunci keselamatan
Maklumat yang akan dipaparkan :
Nama pemohon
No Mykad pemohon
Status permohonan
Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
The post Jadual Pembayaran STR Fasa 2 Mengikut Kategori Penerima appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.