STR Bujang Fasa 2 2024 – Ini adalah maklumat penting bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) kategori bujang untuk tahun 2024.
Untuk bantuan STR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi STR Fasa 2 kategori bujang.
Apakah STR 2024?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan.
Pada tahun-tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksanakan 4 kali setahun. Manakala bagi kategori bujang, bantuan ini dibayar 3 kali pada tahun lepas untuk penerima sedia ada STR.
Cara Semakan Status STR Bujang Fasa 2 2024
Semakan status STR Fasa 1 boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status STR fasa 2 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Langkah 1 – Klik log masuk MySTR
- Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan
- Langkah 5 -Klik Semakan Status
- Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Jumlah Bayaran STR 2024 Fasa 2 Bagi Kategori Bujang
Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.
Tarikh Bayaran STR Bujang Fasa 2 2024
Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:
- Fasa 1 (29 Januari 2024)
- Fasa 2 (03 April 2024)
- Fasa 3 (Ogos 2024)
- Fasa 4 (November 2024)
Harap maklum bahawa tarikh ini bagi pembayaran STR Bujang 2024 bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 ini juga tertakluk pada perubahan semasa.
Semakan Status / Kelayakan
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.
The post STR Bujang : Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.