Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 yang dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM1200 maksimum selama setahun.
Bantuan yang diperkenalkan ini adalah Sumbangan Asas Rahmah(SARA). Penerima bantuan SARA akan mendapat wang tunai melalui kad pengenalan(IC) dalam tempoh selama setahun.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai tahun ini tahun 2024, semua penerima STR akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun lalu.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Bantuan Tambahan MySTR
Untuk tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk makluman SARA adalah bantuan yang diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan.
Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.
Melalui inisiatif SARA ini, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan tambahan str:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
The post Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 Mula Dikreditkan Hari Ini appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.