MySARA : Bantuan Tambahan STR RM100 Telah Mula Dikreditkan. kepada penerima secara berperingkat sehingga Disember tahun ini. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif istimewa ini sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan RM1200.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

 

Baca juga Disini –> Rasmi : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Semua Penjawat Awam

Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan SARA

Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas

Semakan Status Melalui Portal MyKasih

Semakan status kelayakan SARA boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksaan SARA boleh dirujuk di portal mykasih di sini https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di

The post MySARA : Bantuan Tambahan STR RM100 Telah Mula Dikreditkan appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.