Bantuan Kewangan RM1000 Bagi Penerima STR 2024. sebagai insentif tambahan sekiranya berlaku perkara tidak diingini. Inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.
Bantuan Tunai SKK RM1000
Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi manfaat kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Untuk makluman umum, program sumbangan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah merupakan manfaat yang disediakan kepada setiap penerima STR dan pasangan.
Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban keluarga penerima STR. Bagi kematian yang berlaku dalam tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 layak untuk membuat tuntutan.
Kadar insentif bantuan SKK yang ditetapkan adalah berjumlah RM1,000 yang akan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada penerima. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat memberi manfaat kepada semua penerima STR tahun ini jika berlaku musibah.
Baca juga disini –> Jumlah Bayaran STR Fasa 2 RM100-RM650 Pada Kategori Ini
Kelayakan Bantuan
Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan khusus bagi mereka yang ingin membuat tuntutan bantuan SKK RM1000 ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Penerima ‘Lulus’ STR
- Kategori isi rumah, warga emas bujang/ tiada pasangan
- Meninggal dunia pada tahun 2024 (1 Januari 2024 – 31 Desember 2024)
- SKK layak untuk dituntut oleh waris yang telah didaftarkan jika pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Waris yang ingin membuat tuntutan hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja
- Kepada pasangan yang bukan berstatus warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak tuntut SKK.
Cara Mohon
- Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
- Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
- Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)
Maklumat Lanjut
Kepada penerima STR yang berkelayakan, tuntutan boleh dilakukan secara terus di mana-mana cawangan BSN seluruh negara. Panduan lengkap cara tuntutan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024
The post Bantuan Kewangan RM1000 Bagi Penerima STR 2024 appeared first on Bantuan Kerajaan Malaysia.