BSH : Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 akan disalurkan secara automatik setiap bulan kepada pemohon yang berkelayakan pada tahun ini. Seperti dimaklumkan, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan insentif yang ditawarkan secara bulanan dibawah Belanjawan 2024.
BSH : BANTUAN SARA HIDUP RM300 (BULANAN)
Pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah program pemberian insentif bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup pada tahun ini. Atas keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan memerlukan, permohonan bantuan khas ini dibuka sepanjang tahun kepada rakyat yang berkelayakan dan memerlukan.
Program istimewa BSH ini merupakan sebuah sumbangan bantuan kewangan bulanan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Objektif utama perlaksanaan program ini adalah bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan veteran ATM.
Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun kepada mereka yang berkelayakan. Dengan adanya insentif tambahan ini, kerajaan yakin mampu meringankan beban kewangan mereka yang kurang berkemampuan bagi menghadapi kelangsungan hidup mereka.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2024
Pihak JHEV telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan khas BSH RM300 sebulan ini seperti ;
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Had umur kelayakan adalah 60 tahun dan ke atas
- Tiada had umur kelayakan bagi kategori cacat kekal
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang berkhidmat sepenuh masa
- Bekas tentera british yang telah berkhidmat di Malaysia atau Singapura termasuklah ranger di Sarawak
- Tidak diberhentikan dibawah kes kesalahan tartatertib
- Kepada balu yang telah bernikah semula tidak layak mohon
- Anak yatim piatu wajib berumur di bawah 18 tahun
- Mempunyai masalah faktor kesihatan yang menjejaskan melakukan pekerjaan.
CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN SARA HIDUP
Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan melalui program ini. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – BSH JHEV
BUTIRAN LANJUT
Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan khusus untuk meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila rujuk laman – SENARAI BANTUAN untuk semakan butiran lengkap maklumat.
Pingback: Semakan Bantuan Tunai STR Fasa 3 : Jumlah & Tarikh Bayaran - Senarai Bantuan