Bantuan Kewangan RM350 sebulan adalah sebuah bantuan bulanan yang disediakan bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini merupakan sebahagian program yang disediakan pada tahun 2024.

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN RM350 SEBULAN

Pihak kerajaan persekutuan telah menyediakan pelbagai bantuan khusus untuk rakyat Malaysia yang terjejas pada tahun ini. Salah satu program bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini adalah Bantuan Am Persekutuan (BAP) yang diberikan setiap bulan kepada pemohon yang lulus.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengendalikan sepenuhnya program khas BAP ini yang melibatkan kadar bantuan dari RM100 sehingga RM350 sebulan.

Bantuan-bantuan JKM ini adalah merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tujuan utama perlaksanaan program khas BAP ini adalah bagi mengurangkan beban rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Dengan adanya insentif tambahan bulanan ini dapat menjaga kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat pada hari ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN KEWANGAN (BAP) SEBULAN

Untuk makluman, kadar bayaran BAP telah ditetapkan mengikut kategori kelayakan iaitu minimum RM100 seorang sebulan dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Jumlah bayaran bantuan bulanan ini akan ditentukan mengikut kelayakan permohonan yang diluluskan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah ;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  3. Menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Keluarga yang berkeperluan dan miskin layak mohon, tidak termasuk penerima mana-mana bantuan bulanan JKM yang lain.

LANGKAH CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN BAP 2024

Kepada yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal – Bantuan Am Persekutuan

Info : Setiap negeri mempunyai program bantuan am masing-masing dan melibatkan syarat dan kadar bantuan yang berbeza dan tidak seragam. Untuk rujukan lebih terperinci sila hadir ke pajabat jabatan kebajikan masyarakat berhampiran.

LEBIH LANJUT

Bagi yang terlepas pandang, kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak bantuan-bantuan dan kemudahan untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Sila semak – SENARAI BANTUAN yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *