ANIS : Bantuan Sehingga RM5000 kini boleh dimohon bermula 17 Mei 2024 sehingga tarikh tutup pada 31 Mei 2024.

Perlaksanaan program khas berbentuk bantuan kewangan sekaligus dibayar ini adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Bantuan Sehingga RM5000 (ANIS)

Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan program bantuan Anak Istimewa (ANIS) pada tahun ini.

Kadar bayaran bantuan adalah bermula RM1000 sehingga RM5000 dan amaun tertakluk kepada kategori kelayakan.

Cara Kemukakan Permohonan Bantuan ANIS 2024

Untuk mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian sebelum 31 Mei ini. Panduan lengkap telah disediakan melalui pautan rasmi bantuan ANIS – PROGRAM ANIS 2024

Supaya memudahkan dan mempercepatkan urusan proses semakan permohonan, pemohon disarankan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon ibu bapa dan anak.

Nota : Sila kongsikan maklumat ini kepada kenalan yang mempunyai tanggungan anak (OKU) agar mereka dapat gunakan manfaat yang ditawarkan ini.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *