Bantuan eWallet Bulanan RM300 ditawarkan kepada keluarga yang berada dalam kategori B40 pada tahun ini.

Inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah sebahagian insentif bulanan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Bantuan eWallet Bulanan RM300

Kerajaan negeri Selangor telah menyediakan sebuah program inisiatif bulanan yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas.

Pada tahun lalu, sekitar 30 ribu buah keluarga dapat manfaat yang diberikan setiap bulan pada kadar RM300.

Perincian Bantuan eWallet RM300

Inisiatif istimewa ini ditawarkan kepada warga Selangor yang berada dalam kumpulan B40.

Keutamaan kepada isi rumah yang mempunyai tanggungan anak. Amaun yang disalurkan setiap bulan boleh digunakan di pasaraya berdaftar untuk pembelian barangan keperluan harian.

Kriteria Syarat Bantuan eWallet

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan seisi rumah dibawah RM3,000 sebulan
  • Keluarga mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Pengundi berdaftar
  • Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun.

Panduan Lengkap Cara Mohon Bantuan Bulanan eWallet Bingkas 

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan bantuan ini boleh dilakukan selagi ianya masih belum ditutup. Untuk panduan lengkap, sila layari laman pautan rasmi Bingkas – BINGKAS Selangor

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *