Pengeluaran Akaun 3 KWSP Secara Fleksibel Pada Bila-Bila Masa

Pengeluaran Akaun 3 KWSP Secara Fleksibel Pada Bila-Bila Masa

Pengeluaran Akaun 3 KWSP bakal memberi manfaat kepada ahli/ pencarum yang dijadualkan mula dilancarkan pada awal bulan Mei 2024. Perkenalan satu lagi akaun KWSP ini akan memberi lebih ruang pilihan kepada para pencarum bagi masa akan datang.

PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP SECARA FLEKSIBEL

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijangka akan memperkenalkan akaun 3 kepada umum tidak lama lagi bermula bulan hadapan. Kemudahan akaun ketiga ini yang merupakan akaun fleksibel membolehkan ahli KWSP bagi mengeluarkan dana pada bila-bila masa khusus waktu kecemasan.

Tidak sama seperti peranan fungsi akaun 1 dan akaun 2, akaun fleksibel ini boleh digunakan oleh pengguna pada bila-bila sahaja. Ini merupakan berita baik buat ahli KWSP bagi mengurangkan beban serta menambahkan lagi pilihan pengurusan kewangan mereka.

PERANAN AKAUN 3 KWSP

Untuk maklumat umum, akaun 3 KWSP akan dimulakan dengan berbaki kosong (0) yang melibatkan kadar 10% daripada caruman bulanan pada masa akan datang. Ini menandakan pihak KWSP memberi ruang kepada ahli untuk membuat pecahan caruman bagi memberi manfaat kepada ahli.

Pihak KWSP telah mengstrukturkan semula sistem baharu, dimana akaun 1 akan menerima 75 peratus dari caruman bulanan. Manakala akaun 2 sebanyak 15 peratus dan akaun 3 10 peratus. Buat masa ini caruman bulanan KWSP dipecahkan kepada 2 iaitu akaun 1 70 peratus dan akaun 2 30 peratus.

STRUKTUR BAHARU AKAUN KWSP

Bermula bulan Mei ini, KWSP akan strukturkan semula fungsi akaun 1 sebagai persaraan, akaun 2 sebagai sejahtera dan akaun 3 sebagai fleksibel. Peratusan akan dipecahkan berdasarkan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Akaun 1 KWSP : 75%
  • Akaun 2 KWSP : 15%
  • Akaun 3 KWSP : 10%

Selepas dilancarkan nanti, ahli KWSP diberi tempoh masa bermula Mei sehingga Ogos 2024 untuk memilih jumlah permulaan dalam akaun 3 sebagai (Fasa pengumpulan). Pindahan dana wang simpanan dari akaun 2 boleh dilakukan ke dalam akaun 3.

SEMAKAN BUTIRAN PENGELUARAN AKAUN KWSP 2024

Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluran bagi memberi manfaat kepada para pencarum pada tahun ini. Untuk semakan butiran lengkap, sila layari laman rasmi KWSP – https://www.kwsp.gov.my/

LEBIH INFO LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan banyak jenis kemudahan dan insentif bantuan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat Malaysia terutama yang memerlukan. Sila cek senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan – RUJUK DISINI untuk info lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *