BA : Bantuan Kewangan RM350 sebulan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan pada tahun ini.
Program istimewa berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian inisiatif di bawah Belanjawan 2024 untuk memberi manfaat kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Bantuan Kewangan RM350 : BA
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan.
Kadar bayaran bantuan diberikan secara bulanan pada kadar RM100 sehingga RM350, amaun ditentukan mengikut kelayakan pemohon.
Kriteria Kelayakan Bantuan BA
Kerajaan telah tetapkan syarat bantuan Am Seperti ;
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Golongan memerlukan dan keluarga miskin layak kemukakan permohonan.
Cara Memohon Bantuan BA RM350 Sebulan
Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat asas kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun. Panduan lengkap cara mohon bantuan ini telah disediakan, sila rujuk portal rasmi bantuan (BA) – BANTUAN AM JKM
Untuk sebarang pertanyaan atau ketahui maklumat lengkap, anda boleh layari laman rasmi JKM atau hadir di penjabat kebajikan masyarakat berdekatan.
Pingback: Bantuan eWallet Bulanan RM300 : Untuk Golongan B40 - Senarai Bantuan