Bantuan Kewangan RM700 Untuk Golongan B40 : Semak Segera

Bantuan Kewangan RM700 Untuk Golongan B40 : Semak Segera

Bantuan Kewangan RM700 boleh dituntut oleh golongan komuniti B40 melalui program MySalam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Program ini merupakan sebahagian skim bantuan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia secara percuma.

SKIM BANTUAN KEWANGAN RM700

Untuk pengetahuan umum, skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kendalian Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah MySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Jika penerima MySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, mereka layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun. Skim Perlindungan Takaful B40 MySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023.

Atas keprihatinan kerajaan dan disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim MySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025. Dengan adanya insentif seperti ini mampu mengurangkan beban rakyat terutama mereka yang berada dalam kelompok terjejas.

SYARAT KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN KEWANGAN RM700

Seperti yang telah dimaklumkan, tiada sebarang permohonan perlu dilakukan bagi skim bantuan khas ini. Kelayakan untuk menjadi ahli MySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.

Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli MySalam secara automatik tanpa perlu memohon. Di bawah dikongsikan kriteria umur seperti kategori berikut:

Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.

Golongan Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.

Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

PANDUAN LENGKAP BANTUAN KEWANGAN MYSALAM

Kepada yang berkelayakan, tuntutan boleh dilakukan selagi program skim bantuan ini masih dibuka. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman rasmi MySalam – https://www.mysalam.com.my/mys/info/

BUTIRAN LEBIH LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak inisiatif bantuan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia pada tahun ini. Sila cek – SENARAI BANTUAN yang ada dan layak untuk memohon.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *